Image Banner

11TH STEAM CUP MALAYSIA

SERAMAI LAPAN ORANG AHLI PASUKAN KELAB ROBOTIK AN-NAJIHIN SETIA ALAM TELAH BERJUANG MENTERJEMAHKAN ASAS LOGIK, KREATIF DAN INOVATIF MEREKA UNTUK 11TH STEAM CUP MALAYSIA YANG BERLANGSUNG DI MATRADE EXHIBITION & CONVENTION CENTRE, 17 NOV 2019 YANG LALU. EDISI TAHUN INI TURUT MENAMPILKAN PESERTA ANTARABANGSA DARI INDONESIA DAN INDIA. TERNYATA IANYA LEBIH MENCABAR!

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA CIKPUAN MUDA NUR ARIFAH AUNI BINTI MOHAMAD ZAMRI YANG BERJAYA MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN BELIAU DI DALAM TOP 16 (SUMO ROBOT) BAGI EDISI TAHUN INI. BAGI PESERTA YANG LAIN, KITA CUBA LAGI PADA SESI AKAN DATANG. INSYAALLAH TANJAH!

LAGI

SRI - PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1441H

SALAM MAULIDURRASUL 1441H. NEGARA RAHMAH, UMMAH SEJAHTERA. WAKIL TUAN MUDA DAN CIKPUAN MUDA INI AMAT GEMBIRA DAN BERBESAR HATI DAPAT TURUT SAMA MENYERTAI PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1441H BANDAR SETIA ALAM SEMPENA KARNIVAL GENG SURAU PERSALAM BARU-BARU INI.

PADA MAJLIS SAMBUTAN INI, PASUKAN PERARAKAN ADINDA TADIKA ISLAM AN-NAJIHIN SETIA ALAM DIPILIH MENJADI JOHAN! MANAKALA PASUKAN ABANG-ABANG SEKOLAH RENDAH ISLAM AN-NAJIHIN SETIA ALAM MENDAPAT TEMPAT KELIMA. ALHAMDULILLAH!

DIDOAKAN PERASAAN RINDU, KASIH DAN CINTA KEPADA KEKASIH ALLAH; MUHAMMAD RASULULLAH SAW SENTIASA DI HATI DAN SANUBARI ANAKANDA PELAJAR SYURGA KAMI.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA PIHAK TERUTAMA DARI PARA IBU BAPA YANG MENYOKONG AKTIVITI INI. ALHAMDULILLAH.

LAGI

TADIKA - PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1441H

SALAM MAULIDURRASUL 1441H. NEGARA RAHMAH, UMMAH SEJAHTERA. WAKIL TUAN MUDA DAN CIKPUAN MUDA INI AMAT GEMBIRA DAN BERBESAR HATI TURUT SAMA MENYERTAI PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1441H BANDAR SETIA ALAM SEMPENA KARNIVAL GENG SURAU PERSALAM BARU-BARU INI. PADA MAJLIS SAMBUTAN INI, PASUKAN PERARAKAN TADIKA ISLAM AN-NAJIHIN SETIA ALAM DIPILIH MENJADI JOHAN! ALHAMDULILLAH!

DIDOAKAN PERASAAN RINDU, KASIH DAN CINTA KEPADA KEKASIH ALLAH; MUHAMMAD RASULULLAH SAW SENTIASA DI HATI DAN SANUBARI ANAKANDA PELAJAR SYURGA KAMI.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA PIHAK TERUTAMA DARI PARA IBU BAPA YANG MENYOKONG AKTIVITI INI. ALHAMDULILLAH.

LAGI

PROJEK AKHIR TAHUN - TAHUN 6

JAUH PERJALANAN, LUAS PENGETAHUAN. BEGITULAH CABARAN YANG DITERIMA OLEH PELAJAR TAHUN 6 AN-NAJIHIN SETIA ALAM INI. MEREKA DIKEHENDAKI MENGEMBARA BERSAMA-SAMA SELAMA BEBERAPA HARI DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN SEBAGAI PROJEK TAHUN AKHIR. ALHAMDULILLAH, SUNGGUH BANYAK PENGALAMAN YANG MEREKA KUMPULKAN SELAMA BEBERAPA HARI KEMBARA ITU. BANYAK AKTIVITI SANTAI DAN BERMANFAAT DAPAT DIJALANKAN DI SANA. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA IBU BAPA YANG MEMBERI KEIZINAN DAN SENTIASA MEMBERI SOKONGAN KEPADA AKTIVITI KURIKULUM DAN KO-KURIKULUM ANAKANDA. BARAKAHALLUFIK. KAMI KONGSIKAN SEBAHAGIAN WARNA-WARNI PENGALAMAN MEREKA SELAMA BEBERAPA HARI DI NEGERI JELAPANG PADI BERKENAAN.

LAGI

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2019

ALAIKUM BINNAJAH INSYAALLAH. SALAM SAYANG DAN INGATAN TULUS IKHLAS KAMI BUAT KALIAN WAHAI KAKANDA KESAYANGAN KAMI.DEMI ALLAH KAMI BERTAWAKKAL KEPADA MU YA ALLAH. KURNIAKAN KEBAIKAN, KEMUDAHAN, KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT BUAT MEREKA SEMUA.

LAGI

AN-NAJIHIN FUN CITY RUN 2019

PENGALAMAN ADALAH GURU YANG PALING SETIA. DARINYA KITA BEROLEH PENGAJARAN DAN AKAN MENEMANI SEUMUR HIDUP KITA.BERSAING DENGAN SIHAT, SEMANGAT SETIAKAWAN, BERUSAHA DENGAN GIGIH, SABAR MENGHADAPI UJIAN ADALAH ANTARA UPAYA PEMBELAJARAN MAHAL DARI AKTIVITI MERENTAS DESA SEPERTI INI. TERIMA KASIH DIUCAPKAN BAGI SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN AN-NAJIHIN FUN CITY RUN 2019, TERUTAMA KEPADA PARA SUKARELAWAN IBU-BAPA DAN PEGAWAI POLIS DARI BALAI POLIS SETIA ALAM YANG BUDIMAN. JAZAKALLAHU KHAIRAN JAZA'.

LAGI

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan