:
SEJARAH%20PENUBUHAN


Penubuhan SRI An Najihin pada tahun 2006 bermula dengan terbentuknya sebuah syarikat Akademi An Najah pada tahun 2005. Hasrat pada awalnya adalah untuk menubuhkan sebuah institusi pendidikan integrasi. Namun pada ketika itu terdapat permintaan daripada penduduk Taman Sungai Kapar Indah untuk mewujudkan kelas KAFA.

Maka di atas sokongan dan permintaan itu, pihak pengurusan Akademi An Najah telah membuka Kelas KAFA terlebih dahulu pada tahun 2005. Pengajaran di dalam kelas KAFA ini masih baru dan ia bergerak menggunakan silibus sendiri bersama 18 orang pelajar sahaja. Bermula tahun 2006, kelas integrasi diwujudkan dengan pelajar seramai 14 orang.

Bergerak seiring dengan itu, KAFA An Najah memulakan sistem sukatan JAIS. Sehinga kini, pelajar integrasi SRI An Najihin telah mencecah seramai 300 orang tidak termasuk pelajar-pelajar untuk kelas Al-Quran. Bilangan tenaga pengajar juga telah meningkat daripada 2 orang kepada 23 orang. Ini menunjukkan keyakinan dan sokongan masyarakat setempat dari Taman Sungai Kapar indah dan kawasan-kawasan berdekatan seperti Kampung Sungai Serdang, Rantau Panjang & Meru. Tanpa sokongan dari masyarakat, SRI An Najihin tidak mungkin dapat bertapak lama dan kekal sehingga ke hari ini.