Assalamualaikum.

Pada 10 Ogos 2017 bersmaan 17 Zulqaedah 1438H iaitu pada hari Khamis malam Jumaat, pihak sekolah akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat hajat untuk anak-anak Tahun 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan besar pada tahun ini iaitu peperiksaan UPSR, PSRA bagi murid-murid tahun 6 dan UPKK bagi murid-murid Tahun 5.

Pihak sekolah menggalakkan ibubapa dan anak-anak Tahun 5 dan 6 khususunya untuk berpuasa pada hari tersebut dan masjlis akan dimulakan dengan berbuka puasa. Ibubapa dan murid-murid dikehendaki hadir pada jam 7 malam untuk bersama-sama menjayakan majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin tersebut.

Pihak sekolah berharap agar ibubapa semua dapat hadir untuk memberi dorongan dan sokongan moral kepada anak-anak ke arah kecemerlangan anak-anak, insyaAllah.